Friday, January 16, 2009

7 ZON EROTIK LELAKI


7 zon erotik lelakiBersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cherassazree@bharian.com.my
SAYA gadis berusia 25 tahun dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Saya ingin bertanya mengenai seks dan lelaki. Apakah bahagian badan lelaki yang dianggap sensitif? Bagaimana caranya merangsang lelaki melakukan persetubuhan seks?Ingin Kepastian,Taman Tun Dr Ismail,Kuala Lumpur.Ramai salah anggap kononnya zon erotik lelaki hanyalah zakar dan kepala zakar. Sebenarnya, banyak lokasi zon erotik ditubuh lelaki. Sebaiknya, semua zon erotik ini distimulasi secara lembut dan dilakukan apabila seseorang dalam keadaan tenang.Stimulasi yang betul pada kawasan erotik ini akan memberi kenikmatan sama seperti stimulasi pada zakar, malah boleh mencapai orgasm. Kawasan erotik ini boleh distimulasi secara sendiri semasa masturbasi atau oleh pasangan ketika melakukan hubungan seksual.1.Kerandut buah zakarKulit yang menyelaputi buah zakar adalah sensitif kepada sentuhan. Ia boleh diurut dengan pergerakan circular dengan menggunakan hujung jari atau secara oral. Kerandut ini juga boleh ditarik secara lembut semasa seks oral. Buah zakar juga boleh distimulasi secara gentelan lembut dengan mengunakkan jari.2. Puting dada.Puting dada lelaki mempunyai kapasiti erotik sama seperti puting buah dada wanita. Ia kaya dengan bekalan saraf dan amat sensitif.Pada kebanyakan lelaki, ia mempunyai kapasiti menegang dan menjadi keras bila dirangsang. Pergerakan circular yang lembut bermula dari arah luar ke dalam boleh dibuat di sekeliling puting. Lelaki juga akan terangsang apabila puting dipicit atau digentel.3. Kawasan Perineum.Kawasan perineum ini terletak antara zakar dan lubang dubur (anus). Ia boleh distimulasi dengan urutan perlahan dari pangkal kerandut zakar ke arah anus atau sebaliknya. Pergerakan secara sirkular dengan hujung jari atau secara oral di kawasan ini juga akan memberi sensasi erotik yang tinggi. Pergerakan yang sama juga boleh dilakukan pada bahagian peha sebelah dalam.4. Kawasan ari-ari (suprapubik).Kawasan ini terletak antara pusat dan pangkal zakar. Ia amat sensitif kepada sentuhan dan urutan.5. Kawasan punggung.Kedua dua pipi punggung dan celah antaranya adalah kawasan erotik yang jarang diterokai. Gerakan jari secara perlahan dari hujung tulang belakang melalui celah punggung hingga ke anus. Lakukan ini secara berulang-ulang. Bahagian dalam pipi punggung juga boleh diusap lembut.6. Kawasan AnusKawasan anus adalah zon erotik utama tetapi jarang diterokai. Anus boleh distimulasi dengan cara pergerakan sirkular dengan hujung jari atau oral di pembukaannya. Pergerakan ini boleh diselang-seli dengan stimulasi di kawasan perinuem, bahagian dalam peha dan pipi punggung.Jika seseorang itu lebih adventerous, jari boleh dimasukkan secara perlahan-lahan ke dalam anus.Sebelum itu, pastikan jari dilubrikasi sepenuhnya dengan gel pelincir seperti KY Jelly. Pergerakan jari keluar masuk dan sirkular secara perlahan lahan mampu memberi kenikmatan pada seseorang lelaki.7. Urutan Prostat.Kelenjar prostat terletak di bahagian depan sebelah dalam anus. Ia boleh dirasa seperti satu bonjolan kecil. Kelenjar prostat ini boleh diurut secara perlahan dan hasilnya akan berlaku pengeluaran cecair jernih dari zakar.Ini akan memberi kenikmatan pada setengah lelaki. Sebelum urutan ini dilakukan , jari perlulah dilubrikasikan dengan sempurna. Seseorang lelaki itu juga perlu berada dalam keadaan yang relaks dan selesa dengan proses urutan ini.Saya harap dengan maklumat yang diberi ,ia dapat membantu anda dan pasangan berhubung zon erotik lelaki. Sudah semestinya dengan stimulasi zone erotik ini akan merangasang seorang lelaki melakukan persetubuhan yang hebat.
Anda musykil atau bimbang masalah kesihatan boleh menjejaskan kelakian diri? Dr Zulkifli akan memberi pandangan dan membantu menyelesaikan masalah anda. Hantarkan soalan kepada Pengelola Ruangan Tanya Doktor, XY - Ikon Lelaki, Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau e-mel tanyadrxy@bharian.com.my.
Hak Cipta Terpelihara 2007 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas. Kembali ke atas
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

INGIN MIMPI BASAH?


Ingin mimpi basahOleh Shamshul Azree Samshirsazree@bharian.com.my
SAYA ingin bertanya bagaimana caranya untuk mendapat mimpi basah atau wet dreams?Budak Ofis,Kuala Lumpur.MIMPI basah atau wet dreams adalah suatu yang tidak boleh dirancang. Ia berlaku secara spontan selepas seseorang individu mencapai usia baligh. Ia kerap berlaku kepada golongan remaja dan peringkat awal dewasa.Selepas bermimpi basah, seseorang boleh terjaga selepas ejakulasi atau bangun keesokan harinya dalam keadaan basah akibat ejakulasi.Punca berlaku mimpi basah masih belum dipastikan lagi. Banyak tanggapan bahawa mimpi basah berkaitan mimpi erotik atau disebabkan peningkatan jumlah air mani yang tidak dikeluarkan secara masturbasi atau hubungan jenis.Ada korelasi antara kekerapan masturbasi dan mimpi basah. Secara umumnya lelaki yang kerap mengalami mimpi basah kurang mengamalkan masturbasi manakala lelaki yang kerap mengamalkan masturbasi kurang mendapat mimpi basah.Bagaimanapun, setakat ini tidak ada kajian yang boleh memberi punca sebenar mimpi basah.Jika saudara mengalami mimpi basah, saudara tidak perlu bimbang atau tertekan. Ia adalah sesuatu yang normal dan tidak akan menimbulkan sebarang kesan memudaratkan.Mimpi basah juga bukanlah tanda penyakit yang serius dan tidak perlu menjalani pemeriksaan atau rawatan kesihatan.
Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.
Anda musykil atau bimbang masalah kesihatan boleh menjejaskan kelakian diri? Dr Zulkifli akan memberi pandangan dan membantu menyelesaikan masalah anda. Hantarkan soalan kepada Pengelola Ruangan Tanya Doktor, XY - Ikon Lelaki, Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau e-mel tanyadrxy@bharian.com.my.
Hak Cipta Terpelihara 2007 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas. Kembali ke atas
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.