Friday, January 16, 2009
INGIN MIMPI BASAH?
Ingin mimpi basahOleh Shamshul Azree Samshirsazree@bharian.com.my
SAYA ingin bertanya bagaimana caranya untuk mendapat mimpi basah atau wet dreams?Budak Ofis,Kuala Lumpur.MIMPI basah atau wet dreams adalah suatu yang tidak boleh dirancang. Ia berlaku secara spontan selepas seseorang individu mencapai usia baligh. Ia kerap berlaku kepada golongan remaja dan peringkat awal dewasa.Selepas bermimpi basah, seseorang boleh terjaga selepas ejakulasi atau bangun keesokan harinya dalam keadaan basah akibat ejakulasi.Punca berlaku mimpi basah masih belum dipastikan lagi. Banyak tanggapan bahawa mimpi basah berkaitan mimpi erotik atau disebabkan peningkatan jumlah air mani yang tidak dikeluarkan secara masturbasi atau hubungan jenis.Ada korelasi antara kekerapan masturbasi dan mimpi basah. Secara umumnya lelaki yang kerap mengalami mimpi basah kurang mengamalkan masturbasi manakala lelaki yang kerap mengamalkan masturbasi kurang mendapat mimpi basah.Bagaimanapun, setakat ini tidak ada kajian yang boleh memberi punca sebenar mimpi basah.Jika saudara mengalami mimpi basah, saudara tidak perlu bimbang atau tertekan. Ia adalah sesuatu yang normal dan tidak akan menimbulkan sebarang kesan memudaratkan.Mimpi basah juga bukanlah tanda penyakit yang serius dan tidak perlu menjalani pemeriksaan atau rawatan kesihatan.
Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.
Anda musykil atau bimbang masalah kesihatan boleh menjejaskan kelakian diri? Dr Zulkifli akan memberi pandangan dan membantu menyelesaikan masalah anda. Hantarkan soalan kepada Pengelola Ruangan Tanya Doktor, XY - Ikon Lelaki, Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau e-mel tanyadrxy@bharian.com.my.
Hak Cipta Terpelihara 2007 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas. Kembali ke atas
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment